BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 28, 2009

nafsu, akal dan iman

Cerita yang akan saya bawa ini, mungkin ada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau yang telah mati. Jika ada persamaan, ia adalah secara kebetulan semata-mata. Cerita ini akan diolah seakan-akan ia menjadi kisah yang benar-benar berlaku.

Cerita ini akan berkait dengan watak si A. Cuba gambarkan si A ini sebagai pelajar lelaki biasa, dan penampilan agamanya kurang (dari segi pakaian yang paling jelas), tetapi dalam masa yang sama dia tak berputus asa dalam membaiki amalan agamanya.


Situasi pertama. Pada suatu petang, A dan kawan-kawan (kaum Adam) berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah. Seperti kebiasaan persekitaran yang wujud adalah amalan mungkar seperti pendedahan aurat berleluasa. Namun bukan isu itu yang menjadi fokus utama.

Semasa dalam perjalanan membeli belah, kawan A menegur A dengan berkata, " Ala, kau jangan jadi hipokrit la....rezeki dah ada depan mata, tengok je la, ko pun suka kan?"....

A hanya diam dan hanya dapat senyum kambing sahaja.

Situasi kedua. Pernah satu ketika A melihat sebuah drama bersiri Korea bersama-sama kawannya(kaum Hawa dalam tempat yang tak boleh menimbulkan fitnah). Dalam drama itu ada watak heroin dan watak perempuan penggoda yang akan mengganggu hubungan cinta heroin tersebut.

Untuk watak penggoda, maka pelakon itu diperlukan untuk kelihatan seksi, justeru kebanyakan aksesori pakaiannya adalah begitu mencabar nafsu kaum yang bergelar Adam.

Babak pada waktu itu penggoda tampil, tapi bukan dengan pakaian seksi. Apabila penggoda itu tampil, kawan A (kaum Hawa) pun berkata,"Ha...ni mesti kau suka tengok, sebab perempuan ni memang suka pakai seksi"....dengan nada yang sinis.

A pun menjawab..."Eh konfem la aku suka, mana ada lelaki normal yang tak tertarik dengan kecantikan wanita".

Situasi ketiga. Pada suatu hari A bertemu dengan seniornya. A percaya padanya. Dan A senang berkongsi masalah dengannya. A mengatakan padanya bahawa A mempunyai masalah tentang bagaimana untuk mengawal nafsu.

Senior A ini adalah seorang yang amat praktikal dalam agama. Beliau boleh menjadi ustaz, beliau boleh menjadi seorang kapten dalam pasukannya dan beliau juga boleh menjadi seorang kawan yang baik.

Jawapan yang senior itu bagi adalah lebih kurang begini," Ala rilek la, kau kan lelaki normal. Jangan bimbang la, selagi mana kau ada perasaan salah ni maka kau masih lagi seorang hamba Allah yang baik. Kau tak perlu mengunci nafsu.Kau kena pandai kawal nafsu. Iman pun turun-naik".

Daripada ketiga-tiga situasi diatas, apa yang dapat kita simpulkan?

Apa yang ingin saya bawa disini ialah, manusia itu dibekalkan dengan nafsu dan akal. Manakala iman itu perlu dicari. Jadi bagaimana hubungkait antara ketiga-tiga elemen ini?

Orang yang pandai menggunakan akal, tapi tanpa bimbingan iman, takkan ke mana. Iman adalah sesuatu yang bernilai, apabila iman itu turun, walaupun kita sedar tentang perbuatan buruk itu, tetapi kita kan lebih cenderung untuk meneruskannya.

Dalam situasi pertama. Kawan si A, beranggapan dengan mengikut hawa nafsu, maka kita takkan menjadi hipokrit. Mungkin maksud dia adalah, jangan disangkal kehendak nafsu. Oleh kerana si A dan kawan-kawannya terdiri dari golongan biasa(bukan golongan ustaz), maka kawan si A mengeluarkan pendapat sedemikian.

Dalam situasi kedua. Kawan si A (kaum Hawa), menegur A dengan nada yang sinis. Mungkin dia beranggapan bahawa lelaki yang kurang alim penampilannya memang suka melihat maksiat. Manakala lelaki yang alim, tidak mempunyai nafsu.

Dalam situasi ketiga, senior si A memahami hubungkait diantara elemen akal, nafsu dan iman.

Manusia dibekalkan nafsu. Kita tak boleh menafikannya. Tetapi manusia dibekalkan akal. Dalam masa yang sama tak ramai orang berjaya mengawal nafsu hanya dengan bantuan akal semata-mata.

Akal sepatutnya digunakan untuk mencari hidayah dan taufik agar kemanisan iman dapat dirasa. Apbila iman subur didalam jiwa, maka ia dapat memandu akal untuk mengawal nafsu, dan bukannya mengunci nafsu.

Akal tanpa panduan iman, mungkin akan cuba mengatasi nafsu dengan mengunci nafsu. Adakah nafsu ini sesuatu yang buruk dan memang perlu dikunci? Adakah Allah bagi nafsu kepada manusia hanya untuk dikunci? Jadi, apakah tujuan dicipta Hawa dari jenis Adam itu sendiri?

Nafsu itu perlu dikawal. Bukan perlu dikunci. Disini saya tak akan menyentuh bab-bab untuk mengawal atau mengunci nafsu secara terperinci. Tetapi kepada para remaja yang berhadapan dengan masalah nafsu, jangan mudah berputus asa kepada Allah. Allah ada berfirman dalam ayat 53-55, Surah Az-Zumar yang mana maksudnya, Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambanya walaupun dosa itu begitu besar. Dan Allah juga menerangkan tentang cara-cara mensucikan diri(untuk kembali padaNya), yakni dengan berpandukan wahyu yang diturunkan.

Lihat betapa Allah tidak mahu hambaNya berputus harap dari Nya. Allah bukan sahaja memberi peluang tetapi Allah juga memberi panduan tentang macam mana untuk kembali padanya. Bukankah ini satu motivasi yang paling berharga?!

Begitu untungnya orang Islam mempunyai Tuhan Yang Maha Pengampun!

Saturday, June 6, 2009

Menutup Aurat


Menutup aurat membuka kewanitaan dan kemuliaan. Sebagai contoh R. Stevenson menulis dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung etika pemakaian wanita Islam. Beliau berkata, "ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba dua orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu, 'Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya simpati dengan mereka!' Ketiga-tiga wanita (barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang menghairahkan.

Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami merumuskan wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki ataupun wanita. Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi.

Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara yang lebih jauh (mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi), mereka akan menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah (yang menyebabkan wanita-wanita barat begitu ghairah dengan fesyen). Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki. Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam!."

*Quran saintifik oleh dr danial zainal abidin

Saturday, March 28, 2009

Tanda-tanda Kiamat semakin hampir


1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari

Hakikatnya : dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.' - Sahih Muslim

Hakikat : dah nampak dah...


3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terj! adi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

Hakikat : S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...


4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

Hakikat : memang dah nampak dah...



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak pe! rbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Hakikat : ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2 yang hina &! ; buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

Hakikat : boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...



7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh L!uka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh2 orang mulia' - Riwayat Thabrani

Hakikat : lihat saja manusia bernama George Bush, Ariel Sharon....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

Hakikat : jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...



9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

Hakikat : fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string, ala dedah tak abis-abis.)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani

Hakikat : tak caya gi tengok...


11! ) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

Hakikat : try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie...


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang! nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad

Hakikat : tengok kes peperangan Iraq dan terbaru, iran diheret ke penipuan Amerika dan Britian...


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim

Hakikat : Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...



MAKA DENGAN ITU, TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

Friday, December 19, 2008

Cinta perlu berlandaskan syariat


ISLAM adalah agama fitrah. Kasih sayang adalah sifat tabii yang dibekalkan Allah kepada manusia. Adalah fitrah semula jadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain atau istilah cinta yang digunakan pada hari ini.

Apabila Adam diciptakan dan diciptakan pula Hawa di sisinya, maka ketika Adam bertanya kepada Hawa, "Siapa kamu? Jawab wanita itu, Aku Hawa dan aku dijadikan untukmu, supaya engkau rasa tenang terhadapku." Adam dicipta dalam syurga yang serba lengkap dan sempurna, tetapi tetap memerlukan seorang wanita sebagai pelengkap kehidupannya.

Kesimpulannya, cinta adalah fitrah atau perasaan semula jadi. Cinta perlu dimeterai dengan perkahwinan seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini." (Surah Rum, ayat 30)

Persoalan yang dilontarkan ialah bolehkah bercinta sebelum berumah tangga. Sebelum persoalan ini dijawab, ada baiknya jika istilah cinta itu dikupas. Menurut kamus kehidupan muda mudi hari ini, cinta itu membawa maksud menyatakan perasaan secara terbuka antara lelaki dan perempuan yang tidak punya sebarang hubungan kekeluargaan (halal nikah) dan kemudian memupuk cinta dengan keluar bersama, menghubungi satu sama lain sama ada melalui perbualan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dan sebagainya.

Apakah batas syarak yang diletakkan pada cinta? Batas syarak itu ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhrim kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.

Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan bercinta sebelum berumah tangga.

Bagaimana caranya? Kita sedia maklum kehidupan hari ini kompleks dan menuntut persediaan diri yang mantap bukan saja dari sudut emosi tetapi juga kepemimpinan keluarga, keupayaan ekonomi, penguasaan ilmu, sebelum seseorang itu melangkah masuk ke gerbang rumah tangga.

Sudah tentu persediaan itu memerlukan masa. Contohnya, menyediakan keupayaan ekonomi. Seseorang itu mungkin terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti selama empat tahun, selepas tamat pengajian, perlu mengumpul wang bagi melengkapkan keperluan untuk berumah tangga.

Dalam tempoh berkenaanlah cinta yang berputik antara dua insan perlu dipupuk dan perlu melalui syariat.

Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada di rumah, atau jika perlu untuk bersemuka di luar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dipercayai, sebaiknya muhrim.

wanita, hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah..

Dan sesiapa yang melihat dia akan mengakui, dialah makhluk terindah pernah diciptakan Tuhan. Dialah makhluk itu, makhluk yang bernama wanita. Makhluk terindah pernah diciptakan Tuhan. Lantaran keindahan yang teramat itu, maka perlu akan penjagaan, agar keindahan itu terpelihara menghiasi, mengharumi dan mewangi sepanjang zaman. Damai, tenteram, tenteram dan damai- sepanjang zaman. Atas ihsan Tuhan yang mengenali tiap makhluknya, maka Tuhan memperkenalkan peraturan tertentu agar makhluk terindah itu terpelihara, mendamaikan dan menenteramkan seisi alam. Kerana Tuhan itu yang mencipta, maka Tuhan sudah tentu mengetahui peraturan yang mampu menjaga makhluk terindah itu daripada kerosakan dan kehancuran.

TUHAN... AKU INI SEORANG PEMBERONTAK! SEORANG PEMBERONTAK!

Dan dia menjadi gila. Dia rela mencemarkan keindahan dirinya dengan melanggar aturan Tuhan. Bermula saat dia melanggar aturan Tuhan, dia bukan lagi dia yang mendamaikan, sebaliknya dia sudah menjadi dia yang menghairahkan. Dia bukan lagi dia yang menenteramkan, sebaliknya dia sudah penjadi pengacau yang jahat dalam minda sesiapa sahaja yang memandangnya. Dia sudah menjadi dia yang gila saat dia melanggar aturan Tuhan sedang aturan itu perlu untuk dia kekal damai dan tenteram. Saat dia mempamerkan rambutnya, saat dia menyelak kerudung yang melitupi dadanya, saat dia menyentengkan lengannya. Dia sudah menjadi hina. Sedangkan sebelum ini, dialah makhluk terindah yang mendamaikan dan menenteramkan.

TUHAN... AKU INI PEMBERONTAK! SEORANG PENAGIH CINTA! CINTA!

Dan saat hormon berahi menguasai tiap penjuru jiwanya, dia terkulai tidak bermaya. Dia perlukan cinta. Dia rela menjadi pelacur asalkan bayarannya adalah cinta. Lantas dibiarkan tiap inci tubuhnya dijarahi, direlakan suaranya memujuk dan merayu, dihias tubuhnya secantik termampu, diukirnya senyum termanis, dibiarkan tubuhnya dirangkul, asalkan bayarannya nanti adalah cinta. Dia sudah menjadi pelacur demi cinta. Andailah dia mampu bersabar, dia akan kekal mulia sebagai makhluk terindah yang menenteramkan dan mendamaikan. Dia sudah tidak mampu berfikir, dia ketagihkan cinta. Dia melacur demi cinta. Dia sudah menjadi pelacur sedangkan sebelum ini dia adalah makhluk terindah yang mulus, suci, tenteram dan mendamaikan.

TUHAN... AKU INI PEMBERONTAK.... TUHAN....AKU INI PEMBERONTAK....

Dan malam yang dingin itu, butir-butir mutiara berguguran jatuh ke ribanya. Sedu dan sedan. Pilu. Sedih dan rintih. Damai dan tenteram. Pulang ke pangkal jalan. Kembali.
“Tuhanku, aku ini pemberontak, pelanggar hukumMu yang setia. Aku ingin kembali. Ingin pulang. Ingin membersihkan diri dari noda-noda hitam.” Air mata berguguran.
“Tuhan aku ini pendosa, bernilaikah taubatku di sisiMu, Tuhan?” Air mata berderaian.
Taubat setulus itu, masakan Tuhan tidak menerima. Dan malam yang dingin itu, diresapi dengan damai fimanNya, mereka yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat dan beriman, sesungguhnya TuhanMu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-A’raf, 153)

Dan dia, lena dalam kerudung putihnya. Damai. Tenteram.. Dalam redhaNYA.. Insya'ALLAH..